Wednesday, August 25, 2010

Title

Kuih lapis


Bahan-Bahan:
150g tepung beras30g tepung Hoon Kue400 ml santan kotak }160 ml air } …. satukan

Untuk Sirapnya

180g gula kaster150ml air¼ sudu teh garam2 helai daun pandan (disimpul)

Cara:

Masak gula bersama air & daun pandan di dalam periuk hingga gula larut dan mendidih. Sejukkan.
Satukan tpg beras dan tpg Hoon Kue ke dalam mangkuk besar. Tuangkan campuran air + santan sedikit demi sedikit ke dalammya dan biarkan selama 30-40 minit. Kemudian masukkan garam dan kacau rata. Akhir sekali masukkan sirap. Tapis adunan jika perlu.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu dibiarkan plain manakala satu lagi diwarnakan merah jambu.
Panaskan kukusan dan masukkan loyang bulat 8” yg telah digris dgn minyak ke dalamnya dan biarkan 4-5 minit. Kemudian, tuangkan 4 senduk lauk adunan plain (kira-kira 150-160 ml) ke dalam loyang tadi. Kukus sehingga 5–6 minit atau hingga lapisan masak. Setelah itu, tuang pula adunan merah jambu dan kukus lagi. Ulangi proses ini berselang-seli warna sehingga lapan lapis kesemuanya.
Setelah lapisan akhir masak, teruskan mengukus selama 12-15 minit lagi. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum memotongnya.

Kenapa saya suka makan kuih lapis?

Saya suke makan kerana rasanya lemak,berwarna-warni.

No comments:

Post a Comment