Thursday, August 26, 2010


Kuih Ketayap


Bahan-Bahan:

Bahan inti:


150 gm gula merah¾ cawan air½ biji kelapa parutgaramdaun pandan
1 cawan tepung gandum1 ½ cawan santan 1 biji telur2 helai daun pandan


Cara:


Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Masukkan sedikit tepung gandum agar inti ini melengas. Angkat dan ketepikan. Untuk kulitnya, masukkan tepung gandum dan telur di dalam mangkuk. Kemudian masukkan santan dan kacau hingga sebati. Jika suka bolehlah dimasukkan air daun pandan. Tapis adunan ini. Panaskan kuali yang telah dilengser dengan sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Buat sehingga selesai semuanya. Kemudian ambil kuih dadar tadi dan masukkan inti di tengah-tengahnya. Kemudian lipatkan bahagian atas dan bawah lalu gulung ketayap kemas-kemas. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.


Kenapa saya suka makan kuih ketayap?
Saya tidak suka kerana rasanya kemanisan untuk saya kerana kolestrol tinggi.















No comments:

Post a Comment