Kuih Bahulu
Bahan-Bahan:
4 biji telur 125 gm tepung serbuk penaik125 gm gula halus, dijemur sebentar
Cara:
Pukul telur sehingga berbuih, masukkan gula dan pukul lagi sehingga pekat. Sedikit demi sedikit, masukkan tepung yang diayak bersama gula tadi dan kacau perlahan-lahan untuk mendapatkan satu adunan yang rata. Dengan menggunakan api arang, panas dan minyakkan acuan kuih bahulu. Dengan menggunakan sudu, isikan adunan itu ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh dan kemudian tutup dengan tudungnya. Masak sehingga elok naiknya dan bahagian atas serta bawah kuih bahulu itu kuning keemasan. Keluarkan kuih bahulu yang telah masak itu. Ulang proses ini sehingga semua adunan habis digunakan. Sejukkan. Hidangkan atau simpan di dalam bekas kedap udara.
Kenapa saya suka makan kuih bahulu?
Saya suka makan kerana rasanya manis, bermacam-macam bentuk dah tiap tiap kali saya hendak ambil lagi.
No comments:
Post a Comment