Thursday, August 26, 2010


Resepi Tart Nenas Gulung


Bahan-Bahan:


Ada dua bahan satu bahan A & B


Bahan A1 Kg tepung gandum1 Ketul buttercup2 Biji telur2 Biji kuning telur (untuk disapu)2 Sudu teh esen vanila2 Sudu teh esen nenasMajerin untuk melembutkan doh


Bahan B1 Biji nenas1 ½ Cawan gula4 Kuntum bunga cengkihSehelai daun pandan


Cara Memasak:


Gaulkan semua bahan A dan uli hingga lembut untuk dijadikan doh.Masak semua bahan B sehingga pekat dan sejukkan.Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan, kemudian letakkan jem nenas di atasnya dan gulung.Sapukan kuning telur diatasnya untuk nampak lebih berseri, dan bakar.


Petunjuk Tambahan:


Di dalam doh tidak perlu di letakkan gula, kerana jem nenas sudah mempunyai rasa manis.



Kuih Ketayap


Bahan-Bahan:

Bahan inti:


150 gm gula merah¾ cawan air½ biji kelapa parutgaramdaun pandan
1 cawan tepung gandum1 ½ cawan santan 1 biji telur2 helai daun pandan


Cara:


Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Masukkan sedikit tepung gandum agar inti ini melengas. Angkat dan ketepikan. Untuk kulitnya, masukkan tepung gandum dan telur di dalam mangkuk. Kemudian masukkan santan dan kacau hingga sebati. Jika suka bolehlah dimasukkan air daun pandan. Tapis adunan ini. Panaskan kuali yang telah dilengser dengan sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Buat sehingga selesai semuanya. Kemudian ambil kuih dadar tadi dan masukkan inti di tengah-tengahnya. Kemudian lipatkan bahagian atas dan bawah lalu gulung ketayap kemas-kemas. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.


Kenapa saya suka makan kuih ketayap?
Saya tidak suka kerana rasanya kemanisan untuk saya kerana kolestrol tinggi.
























Kuih Bahulu

Bahan-Bahan:

4 biji telur 125 gm tepung serbuk penaik125 gm gula halus, dijemur sebentar


Cara:

Pukul telur sehingga berbuih, masukkan gula dan pukul lagi sehingga pekat. Sedikit demi sedikit, masukkan tepung yang diayak bersama gula tadi dan kacau perlahan-lahan untuk mendapatkan satu adunan yang rata. Dengan menggunakan api arang, panas dan minyakkan acuan kuih bahulu. Dengan menggunakan sudu, isikan adunan itu ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh dan kemudian tutup dengan tudungnya. Masak sehingga elok naiknya dan bahagian atas serta bawah kuih bahulu itu kuning keemasan. Keluarkan kuih bahulu yang telah masak itu. Ulang proses ini sehingga semua adunan habis digunakan. Sejukkan. Hidangkan atau simpan di dalam bekas kedap udara.

Kenapa saya suka makan kuih bahulu?
Saya suka makan kerana rasanya manis, bermacam-macam bentuk dah tiap tiap kali saya hendak ambil lagi.




















Wednesday, August 25, 2010




Kuih wajik

Wajik Kuih wajik merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada pulut yang dimasak dengan manisan.


Bahan-bahan


400 gram ketan, rendam air selama 1 jam, kukus selama 45 menit300 gram gula merah400 cc santan6 lembar daun jeruk purut1/2 sendok teh garam


Cara membuat


Campur gula merah, santan, daun jeruk purut, dan garam, aduk rata, lalu masak hingga mendidih, angkat, saring.Masukkan ketan, aduk rata, masak sambil terus diaduk hingga matang, kering, dan berminyak, lalu angkat.Tuang ketan ke dalam loyang yang telah dialasi dengan daun pisang dan diolesi dengan sedikit minyak, ratakan, dinginkan, lalu potong-potong, sajikan.


Kenapa saya suke makan kueh wajik?


Saya suka makan kerana rasanya manis dan dibuat daripada nasi.


Title

Kuih lapis


Bahan-Bahan:
150g tepung beras30g tepung Hoon Kue400 ml santan kotak }160 ml air } …. satukan

Untuk Sirapnya

180g gula kaster150ml air¼ sudu teh garam2 helai daun pandan (disimpul)

Cara:

Masak gula bersama air & daun pandan di dalam periuk hingga gula larut dan mendidih. Sejukkan.
Satukan tpg beras dan tpg Hoon Kue ke dalam mangkuk besar. Tuangkan campuran air + santan sedikit demi sedikit ke dalammya dan biarkan selama 30-40 minit. Kemudian masukkan garam dan kacau rata. Akhir sekali masukkan sirap. Tapis adunan jika perlu.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu dibiarkan plain manakala satu lagi diwarnakan merah jambu.
Panaskan kukusan dan masukkan loyang bulat 8” yg telah digris dgn minyak ke dalamnya dan biarkan 4-5 minit. Kemudian, tuangkan 4 senduk lauk adunan plain (kira-kira 150-160 ml) ke dalam loyang tadi. Kukus sehingga 5–6 minit atau hingga lapisan masak. Setelah itu, tuang pula adunan merah jambu dan kukus lagi. Ulangi proses ini berselang-seli warna sehingga lapan lapis kesemuanya.
Setelah lapisan akhir masak, teruskan mengukus selama 12-15 minit lagi. Biarkan kuih betul-betul sejuk sebelum memotongnya.

Kenapa saya suka makan kuih lapis?

Saya suke makan kerana rasanya lemak,berwarna-warni.